Friday 23 November 2018

Hadis 8 - Haramnya Seorang Muslim (Tidak Boleh Dibunuh)



Terjemahannya:

Daripada lbnu 'Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, sehingga mereka mendirikan sembahyang dan membayar zakat. Apabila mereka telah berbuat demikian, maka mereka telah memelihara darah mereka dan harta mereka daripada aku, melainkan dengan hak lslam, dan hisab perhitungan amal mereka terserah kepada Allah Ta'ala."  


(Riwayat al-Bukhari no.25, Muslim no.22 dan Ahmad no. 68)



Syarahannya dan Nilaiannya:



Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Umar dan mempunyai nilai hukum yang amat penting dalam hubungan dengan peperangan terhadap orang-orang yang memasuki Islam; iaitu sejauh mana peperangan itu dilakukan, dan bilakah pula masa diberhentikan.