Terjemahannya:
Daripada
Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah
bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu
dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya
dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal
darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh
yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia
menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya
menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi
Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan
kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan
syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan
kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan
sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli
neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu
dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli
syurga lalu dia memasuki syurga.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Al-lmam Muslim