Terjemahannya:
Daripada
Abu Zarr r.a. juga, (beliau meriwayatkan): Bahawa sebahagian sahabat Rasulullah
SAW berkata kepada Nabi SAW: "Wahai Rasulullah! Orang-orang kaya telah
mendapat banyak pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang, mereka
berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah dengan lebihan harta
mereka." Baginda bersabda: "Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu
sesuatu yang kamu boleh bersedekah dengannya? Sesungguhnya dengan setiap kali
tasbih itu adalah sedekah, setiap kali takbir itu adalah sedekah, setiap kali
tahmid itu adalah sedekah, setiap kali tahlil itu adalah sedekah, menyuruh amar
ma'aruf itu sedekah, menegah mungkar itu sedekah dan pada kemaluan seseorang
kamupun adalah sedekah." Mereka bertanya: "Ya Rasulullah! Adakah
apabila salah seorang kami melepaskan syahwatnyapun dia beroleh pahala?"
Baginda bersabda: "Bagaimana pandangan kamu kalau dia melepaskan
syahwatnya pada tempat haram, adakah dia berdosa? Maka demikian jugalah apabila
dia melepaskannya pada tempat yang halal, dia beroleh pahala."
(Riwayat
Ahmad no. 21483 dan Muslim no. 1006)