Terjemahannya:
Daripada
Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Barangsiapa yang
beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia
diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah
dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan
hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya."
(Riwayat
al-Bukhari, no. 5672 dan Muslim, no. 47)
Syarahannya:
Hadis
ini mengandungi nilai peradaban yang tinggi, sopan santunnya yang terpuji. Seorang
beriman yang sebenarnya tentu menggunakan pengajaran peradaban ini untuk
keselamatan dirinya dengan memelihara perkataannya, dan untuk menjaga hubungan
baik dengan jiran-jirannya dan sahabat-sahabatnya dengan memuliakan mereka
sesuai dengan keadaan masing-masing.