Terjemahannya:
Daripada
Abu Mas'uud 'Uqbah ibn 'Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata:
Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan
Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika
engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu."
(Riwayat
al-Bukhari, no. 3296 dan Abu Daud, no. 4796)
Syarahannya:
Hadis
ini diriwayatkan oleh Bukhari dari Ibnu Mas’ud ‘Uqabah bin Umar al-Ansari. Ia berasal
dari Badar, kemudian mendiami di Kufah. Hadis riwayatnya ada sebanyak 102
hadis.
Nilainya:
Hadis
tersebut walaupun ringkas tetapi kemas. Cukuplah
untuk dijadikan panduan atau pengukur nilai akhlak seorang dari segi perbuatan.
Kerana perbuatan mencerminkan sopan. Orang yang sopan tidak mahu berbuat suatu
yang memalukan atau yang mendatangkan kecelaan. Sebab orang yang sopan adalah
orang yang malu. Malu adalah adab dan tata tertib dunia dan agama sejak dari
syariat para rasul dan nabi yang terdahulu.