Wednesday, 14 November 2018

Hadis 6 (Halal & Haram)


Terjemahannya:

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.




Syarahannya:

Hadis yang keenam ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Abdillah an-Nu’man bin Basyir. An-Nu’man adalah orang Ansar suku Khajraj. Ibunya seorang sahabat, saudara Abdullah bin Rahman. Demikian pula ayahnya Basyir. Basyir pernah bertanya kepada Rasulullah; iaitu engkau telah mengajar kami cara kami mengucap salam kepada engkau, maka bagaimanakah pula kami hendak mengucap selawat ke atas engkau? Lalu Rasulullah berkata: Katakanlah!