Terjemahannya:
Daripada
Abu Ya'la Syaddad ibn Aus r.a. daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda
bersabda: "Sesungguhnya Allah menulis (iaitu mewajibkan) Ehsan atas segala
sesuatu. Apabila kamu mahu membunuh, maka perelokkanlah pembunuhan itu. Apabila
kamu mahu menyembelih, maka perelokkanlah penyembelihan itu dan hendaklah kamu
menajamkan mata pisau dan hendaklah dia menyenangkan haiwan sembelihannya
itu."
(Riwayat
Ahmad no. 17154, Muslim no. 1955, Abu Daud no. 2815, al-Tirmizi, Ibn Majah no.
3170, al-Nasa’i no. 4405 dan al-Baihaqi no. 11071)
Syarahannya:
Hadis
ini diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Ya’la Syaddad bn Aus. Syaddad adalah dari
suku Khajraj, yang dikurniakan oleh Allah ilmu dan hikmah. Ia mendiami Baitul
Maqdis. Hadis yang diriwayatkannya ada sebanyak 50 hadis.
Nilainya:
Hadis
tersebut mengandungi nilai yang sangat penting dari segi pengajarannya dalam
bidang tata tertib kesopanan dan kehalusan budi bagi seorang Islam. Seorang Islam
menurut petunjuk hadis ini hendaklah menjadi seorang yang berbudi yakni berbuat
sesuatu yang baik dan elok dalam perkerjaannya.