Terjemahannya:
Daripada
Abu Abdullah Jabir ibn Abdullah al-Ansarie r.a., (beliau meriwayatkan): Bahawa
seorang lelaki telah bertanyakan Rasulullah SAW, dia berkata: "Bagaimana
pandanganmu jika aku mendirikan sembahyang-sembahyang fardhu, aku berpuasa
bulan Ramadhan, aku menghalalkan perkara yang halal dan aku mengharamkan
perkara yang haram. Aku tidak akan menambah apa-apa lagi lebih daripada itu.
Apakah aku akan masuk syurga?" Baginda bersabda: "Ya!"
(Riwayat
Ahmad dan Muslim, no. 15)