Terjemahannya:
Daripada
Abu Najih al-Irbad bin Sariah r.a berkata:
Maksudnya:
Rasulullah SAW menasihati kita dengan nasihat perpisahan yang menggetarkan hati
dan membuatkan air mata jatuh bercucuran. Kami bertanya: “Wahai Rasulullah,
nasihat itu seakan-akan nasihat yang terakhir, oleh itu berilah kami wasiat.”
Nabi SAW bersabda: “Saya memberi wasiat kepadamu agar tetap bertakwa kepada
Allah ‘Azza wa Jalla, mendengar dan taat walaupun yang mempertahankanmu adalah
seorang hamba. Sesungguhnya, sesiapa antara kamu masih hidup nescaya bakal
menyaksikan banyak perselisihan. Kerana itu, berpegang teguhlah kepada sunnahku
dan sunnah Khulafa al-Rasyidin yang lurus. Dan berpeganglah kepada
sunnah-sunnah itu dengan kuat dan jauhilah olehmu akan hal-hal abharu yang
diada-adakan (bidaah) kerana sesungguhnya semua bidaah itu sesat.
(
Riwayat Abu Daud no. 4607 dan al-Tirmizi no. 2678)