Terjemahannya:
Daripada
Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda, bahawa Allah SWT berfirman:
Maksudnya:
“Sesiapa memusuhi wali-Ku, maka Kuizinkan dia diperangi. Tidaklah hamba-Ku
mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu amal yang lebih Kusukai daripada jika
dia mengerjakan amal yang Kuwajibakan kepadanya. Hamba-Ku sentiasa mendekatkan
diri kepada-Ku dengan amalan-amalan sunah sehingga Aku mencintainya. Jika Aku
mencintainya, jadilah Aku sebagai telinganya untuk mendengar dan sebagai
matanya untuk melihat dan sebagai kakinya untuk berjalan dan jika dia meminta
kepada-Ku pasti Kuberi dan jika dia meminta perlindungan kepada-Ku pasti
Kulindungi.”
(Riwayat
al-Bukhari no. 6137 dan al-Baghawi jilid 7 halaman 204 dalam Syarhus Sunnah)