Terjemahannya:
Daripada
Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Setiap
anggota badan manusia adalah sedekah baginya pada setiap hari apabila terbit
matahari; engkau berlaku adil (iaitu mendamaikan) antara dua orang (iaitu dua
orang yang berbalah) adalah sedekah, engkau membantu seseorang naik
kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah
sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang engkau
hayunkan kaki pergi sembahyang adalah sedekah dan menghilangkan sesuatu bahaya
di jalanraya adalah sedekah."
(Riwayat
al-Bukhari no.2827 dan Muslim no. 1007 dan 1009)