Terjemahannya:
Daripada
Mu’az ibn Jabal r.a. beliau berkata:
Aku
berkata: Ya Rasulullah! Terangkan padaku suatu amalan yang boleh memasukkan aku
ke dalam syurga dan menjauhkan aku daripada api neraka.
Baginda
bersabda: Sesungguhnya engkau telah bertanya suatu perkara besar, namun
sesungguhnya ia adalah ringan bagi orang yang dipermudahkan Allah; iaitu engkau
menyembah Allah, jangan mensyirikkanNya dengan sesuatu, engkau mendirikan
sembahyang, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke
Baitullah.
Kemudian
Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku tunjukkan beberapa pintu kebajikan?
Puasa itu adalah perisai, sedekah dapat madamkan dosa seumpama air memadamkan
api dan sembahyang seorang lelaki di tengah malam. Kemudian Baginda membaca
ayat al-Qur’an yang bererti: (Tulang-tulang rusuk mereka telah renggang dari
tempat tidur mereka. Mereka menyeru Tuhan mereka dengan perasaan takut dan
penuh harapan dan mereka membelanjkan sebahagian rezeki yang Kami kurniakan
kepada mereka. Seseorang tidak mengetahui apakah yang disembunyikan bagi mereka
yang terdiri daripada perkara yang menyejukkan mata sebagai balasan terhadap
amalan yang mereka telah lakukan). Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau
mahu aku khabarkan kepadamu tunggak segala amal, tiang-tiangnya dan puncaknya?
Aku berkata: Mahu ya Rasulullah!
Baginda
bersabda: Tunggak amalan ialah lslam, tiang-tiangnya ialah sembahyang dan
puncaknya ialah jihad. Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku
khabarkan kepadamu kunci segala perkara tersebut? Aku berkata: Mahu ya
Rasulullah!
Lalu
Baginda memegang lidahnya seraya bersabda: Peliharalah benda ini! Aku berkata:
Ya Nabi Allah! Adakah kita akan diseksa lantaran apa yang dibicarakannya?
Baginda bersabda: lbumu akan kehilanganmu wahai Mu’az! Tiadalah manusia itu dihumbankan
mukanya – atau Baginda bersabda – dihumbankan batang hidungnya ke dalam api
neraka kecuali kerana hasil tanaman lidah-lidah mereka.
Diriwayatkan
oleh at-Tarmizi dan katanya: Ini hadis hasan sahih.