Terjemahannya:
Daripada
Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
"Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang
baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa
yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman:
(Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah
kamu beramal soleh). (Surah al-Mukminun 23:51) Dan Allah Ta'ala berfirman:
(Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik
yang Kami rezekikan kepada kamu).(Surah al-Baqarah 2:172) Kemudian Baginda
menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai
dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai
Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram,
minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang
haram?"
(Riwayat
Ahmad no. 8348, Muslim no. 1015 dan al-Tirmizi no. 2922)
Syarahannya:
Hadis
tersebut diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah. Di antara nilai hukum yang
disyariatkannya ialah peri mustahaknya makanan yang halal bagi orang yang
beriman dalam hubungannya dengan ibadah dan doanya. Kerana untuk
penyempurnaannya tidak sahaja dikehendaki kepada kebaikkan apa yang
dikerjakannya tetapi memerlukan pula kepada halalnya makanan dan pakaiannya
yang digunakannya setiap hari.