Terjemahannya:
Daripada
lbnu Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Tidak
halal darah seorang muslim yang bersaksi bahawa tidak ada yang disembah
melainkan Allah dan aku adalah utusan Allah kecuali kerana salah satu daripada
tiga perkara : Berzina, pada hal dia sudah berkahwin, membunuh orang dan
meninggalkan agamanya serta memisahkan diri daripada jemaah (murtad).”
(Riwayat
al-Bukhari, dan Muslim)
Syarahannya:
Hadis
ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud. Kandungannya
adalah sangat bernilai dalam bidang hukum jenayah berhubungan dengan keturunan,
darah dan agama; yang pada tiap-tiap satunya ada hak kehormatannya yang mesti
dipelihara. Sekiranya hak itu dicabul maka menurut ketentuan hukum, orang yang
mencabul akan dikenakan hukuman yang selayak dengannya.