Terjemahannya:
Daripada
Abu Zar al-Ghifari r.a. daripada Rasulullah SAW berdasarkan apa yang
diriwayatkan oleh Baginda daripada Allah SWT bahawa Dia berfirman:
"Wahai
hamba-hambaKu! Sesungguhnya aku mengharamkan ke atas diriKu kezaliman dan Aku
jadikannya di kalangan kamu sebagai suatu perkara yang diharamkan, maka
janganlah kamu saling zalim-menzalimi."
"Wahai
hamba-hambaKu! Kamu semua sesat kecuali orang yang Aku hidayatkannya, maka
hendaklah kamu meminta hidayat dariKu."
"Wahai
hamba-hambaKu! Kamu semua lapar kecuali orang yang Aku beri makan, maka
hendaklah kamu meminta makan daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu
makan."
"Wahai
hamba-hambaKu! Kamu semua telanjang kecuali orang yang Aku berikannya pakaian,
maka hendaklah kamu meminta pakaian daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu
pakaian."
"Wahai
hamba-hambaKu! Sesungguhnya kamu bersalah siang dan malam dan Aku mengampunkan
semua dosa, maka mintalah keampunan daripadaKu nescaya Aku akan ampunkan
kamu."
"Wahai
hamba-hambaKu! Selama-lamanya kamu tidak akan mampu memudharatkan Aku sehingga
kamu boleh memudharatkan Aku."
"Wahai
hamba-hambaKu! Dan selama-lamanya kamu tidak akan mampu memberi manfaat kepada
Aku sehingga kamu boleh memberi manfaat kepada Aku."
"Wahai
hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu,
manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati
bertaqwa umpama hati orang yang paling bertaqwa di kalangan kamu, nescaya hal
itu tidak menambahkan apa-apapun dalam kerajaanKu."
"Wahai
hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu,
manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati jahat
umpama hati orang yang paling jahat di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak
mengurang-cacatkan apa-apapun dalam kerajaanKu."
"Wahai
hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu,
manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua berhimpun di suatu
tempat, lalu mereka meminta daripadaKu (iaitu meminta sesuatu pemberian),
lantas Aku kurniakan setiap orang dari kalangan mereka permintaannya, nescaya
hal itu tidak mengurangkan sedikitpun apa-apa yang ada di sisiKu kecuali umpama
berkurangnya air laut apabila dicelupkan sebatang jarum."
"Wahai
hamba-hambaKu! Bahawa sesungguhnya hanya amalan kamu yang Aku akan
perhitungkannya bagi kamu, kemudian Aku sempurnakan pembalasannya. Maka
barangsiapa yang mendapat kebaikan maka hendaklah dia memuji Allah dan
barangsiapa yang mendapat selain kebaikan, maka janganlah dia mencela kecuali
mencela dirinya sendiri."
(Riwayat
al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad dan Muslim no. 2577)