Terjemahannya:
Dari
Abu Abdulrahman Abdullah bin Umar r.a. katanya: Aku dengar daripada Rasulullah
s.a.w. bersabda: Islam atas lima (rukun) syahadah (pengakuan) bahawa tiada
tuhan melainkan Allah dan bahawasannya Muhammad rasul Allah, dan mendirikan
sembahyang, dan mengeluarkan zakat, dan mengerjakan haji di Baitullah, dan
puasa bulan Ramadhan. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.